Salam penuh kasih sayang buat kalian di luar sana.Alhamdulillah, dapat lagi bersua utk sama berkongsi ilmu dan pandangan ttg kehidupan. Apa yang ingin dibawakan kali ini ya? Ermm..teringin benar utk bercakap ttg diri. Aku nak berkongsi dengan kalian ttg menghargai diri sendiri
Pernah tak kalian menghargai diri? Pernah tak mengucap syabas pada diri bila mendapat kejayaan? Pernah tak berbual dengan diri utk mencari jalan penyelesaian bila diri ditimpa musibah? Pernah kah? Ermm..apa yang ada di fikiran kalian sekarang ya? Hargai diri? Samakah dengan menghargai orang lain? Perlukah nak menghargai diri atau sekadar menerima penghargaan dari org di sekeliling kita? Mereka memuji kita, dan apa pernah kita berbuat demikian pada diri sendiri? Banyak pula soalan yang bergentayangan di fikiran, betul kan?
Diri yang dihargai wahai teman adalah diri yang punya keyakinan. Bila ada keyakinan makanya diri akan sentiasa bersemangat utk menjadi lebih baik dari hari ke hari.
“Buat apa puji diri sendiri?” ada yang mungkin bertanya. Ermm..itu rasanya lebih baik jika meminta dipuji atau menerima pujian yang kadangnya terkait pula dengan sifat riak dan takbur, jawab aku. “Kalau puji diri pun mungkin ada sifat itu, kan?” masih kurang berpuas hati. Tepuk dada tanya diri kalian. Perlukah ada rasa begitu bila mana kita fikirkan bahawa segala kejayaan itu diberi oleh Tuhan? Perlukah kita mengharap pujian orang lain dan kemudian berasa sangat hebat lantas terlupa bahawa di sebalik segalanya ada pencipta agung yang memberi kesenangan? Fikirkan..
Memuji dan menghargai diri dapat meningkatkan keyakinan diri (self esteem) Ianya umpama satu motivasi yang akan menggerakkan daya juang ke tahap yang lebih tinggi. Bila kita sedar bahawa kita punya potensi utk melakukan sesuatu, maka motivasi tadi akan membantu kita mencapai apa yang diinginkan. Ia bermula atas dasar percaya dan yakin pada diri. Tak perlu tunggukan pujian orang, cukup jika menghargai dan percaya bahawa tiap kita punya kelebihan tersendiri.
Itulah cara menyayangi diri iaitu dengan menghargai diri. Bila diri dihargai oleh tuan punya badan, maka dia akan sering melakukan yang terbaik utk dirinya . Dia akan sentiasa punya kekuatan dan sedar bahawa ada sebab dan akibat dalam kehidupan. Contohnya, jika dia berusaha gigih, dia pasti akan berjaya. Sebenarnya pabila kalian sayang, kenal dan hargai diri..maka kalian sudah pasti akan melakukan perkara yang elok-elok, bukan? Mana mungkin kalian sudi mem ‘perdajalkan’ diri atau bertaruh ke arah yang kurang baik, betul tak?
Sayangi dan hargai diri.Percaya bahawa kalian ada kelebihan dan teruskan usaha utk mencapai segala impian. Hargai dan sayangi diri kerana orang lain tidak mungkin kenal 100% ttg diri kalian dan apa yang kalian dambakan dalam hidup ini. Hidup pasti gembira jika tahu apa yang diingini dan apa yang dihajati lebih-lebih lagi bila berjaya mencapai hasrat di hati. Senyumlah pada diri, kalian saja yang mengenal dan tahu yang diingini dan mengapa bertindak begitu mahupun begini. Cukup sampai di sini. Hargailah diri kita dan lakukan yang terbaik utk diri sendiri. Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment